fbpx

e-FFB atasi isu dihadapi pekebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeck Seng (dua kanan) melambai ke arah jemaah umrah pada Majlis Lambaian Umrah Jemaah Tanjung Piai di KLIA hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan memperkenalkan sistem elektronik dikenali Electronic Fresh Fruit Bunches (e-FFB) bagi memantau transaksi buah tandan segar (BTS) kelapa sawit.

Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, sistem itu dijangka dapat dilancarkan pertengahan tahun ini dan bakal memanfaatkan pekebun kecil sawit persendirian dan peniaga buah sawit di seluruh negara.

Beliau berkata, sistem itu penting bagi mengatasi masalah kecurian dan tipu timbangan buah kelapa sawit yang dihadapi pekebun kecil sejak sekian lama.

“Sistem itu mula dilaksanakan secara perintis di kawasan Parlimen Tanjung Piai sejak April tahun lalu membabitkan 6,045 pekebun kecil di ladang kelapa sawit seluas 11,954 hektar.

“Sistem itu akan ditambah baik oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebelum dapat dilancarkan Jun ini,” katanya pada majlis pelepasan jemaah umrah tajaan Ahli Parlimen Tanjung Piai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Katanya, isu kecurian sawit dan tipu timbang sudah dihadapi pekebun kecil sejak sekian lama menyebabkan mereka kerugian antara 20 hingga 25 peratus kepada pendapatan keseluruhan.

Jeck Seng berkata, sistem yang menggunakan analisis ‘big data’ itu akan menyimpan semua rekod jualan dan kutipan kelapa sawit termasuk membantu menstabilkan pendapatan pekebun kecil serta memastikan urusniaga yang lebih telus dan cekap. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI