fbpx

Dua pemain Bayern cipta pencapaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEUER kini menjadi pemain yang memegang rekod kemenangan terbanyak dalam saingan Bundesliga mengatasi pencapaian Kahn. – AFP

MUNICH – Bayern Munich bukan sahaja berjaya mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Uni­on Berlin di Allianz Arena, awal pagi semalam, namun kejayaan dua pemainnya melengkapkan malam cemerlang tersebut.

Penggempur utama, Robert Lewandowski yang berjaya meledak dua gol pada aksi tersebut kini sudah pun mengumpul 31 gol sekaligus menyaksikan dia berjaya meledak lebih 30 jaringan buat musim kelima, menyamai rekod yang dipegang oleh le­genda Jerman, Gerd Muller.

Sementara itu, penjaga gol Bayern, Manuel Neuer turut meraih kemenangan kali ke-311 dalam 460 penampilan dan kini muncul pemain yang meraih kemenangan terbanyak dalam sejarah Bundesliga mengatasi rekod yang dipegang Oliver Kahn.

“Apabila membandingkan dengan jumlah perlawanan yang dilaluinya, ia cukup luar biasa. Tetapi, saya tidak fikir dia (Neuer) akan mengakhirinya dengan jumlah itu dan saya harap dia akan terus buru kejayaan,” kata pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann merujuk kepada rekod Neuer.

Pada perlawanan itu, Kingsley Coman dan Tanguy Nianzou terlebih dulu meletakkan Bayern Munich selesa 2-0 sebelum Lewandowski membuktikan kuali­tinya dengan menambah dua lagi gol buat Bayern.

Mengulas mengenai kejayaan yang diraih, Nagelsmann mengakui keutamaanya adalah kemenangan dan tidak mahu terlalu memikirkan soal jumlah jaringan.

“Saya pastinya gembira dengan keputusan ini. Inilah yang akan berlaku jika kamu bertahan di garisan tinggi dan apa yang boleh saya katakan pertahanan kami beraksi dengan baik.

“Gol keempat segera menamatkan perjuangan pasukan lawan. Bukan soal jurang gol, sebaliknya kami memang berhak untuk dapatkan kejayaan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI