fbpx

Chelsea tamatkan fantasi Middlesbrough

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (tengah) berjaya meledak gol pembukaan Chelsea ketika mereka menyingkirkan Middlesbrough pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi semalam. – AFP

MIDDLESBROUGH – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memuji barisan pemainnya selepas menewaskan Middlesbrough 2-0 pada aksi suku akhir saingan Pia­la FA di Stadium Riverside awal pagi semalam.

Meskipun berada dalam situa­si tidak menentu ekoran spekulasi pengambilalihan pasukan itu oleh pemilik baharu selepas Roman Abramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain.

Beliau mengakui kagum de­ngan fokus serta semangat ditunjukkan pemain-pemain The Blues apabila menguasai sepenuhnya permainan berdepan Boro yang menyingkirkan Manchester Uni­ted dan Tottenham Hotspur sebelum ini.

“Kami sangat fokus dan memandang serius perlawanan ini sejak dari wisel dibunyikan. Semua pemain menunjukkan aksi cukup meyakinkan dan berjaya mendapatkan dua gol awal.

“Apa yang paling penting, kami bekerja keras sepanjang perlawanan bagi memastikan mereka tidak dapat mencipta peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini,” katanya.

Pengendali dari Jerman itu juga percaya fokus pemain-­pemainnya langsung tidak ­terjejas biarpun The Blues berada dalam keadaan sukar ketika ini memandangkan mereka masih belum mendapat pemilik baharu.

“Kami semua dapat terima situasi (pemilikan baharu) ini kerana ia bukannya berpunca daripada pemain. Bagaimanapun, sangat penting untuk kami terus tunjukkan semangat serta tanggungjawab bersama pasukan,” ujar Tuchel.

Gol Chelsea berjaya dihasilkan melalui Romelu Lukaku pada minit ke-15 sebelum mereka mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua jaringan Hakim Ziyech kira-kira 16 minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI