fbpx

“Berani tipu duit aku RM149,400, aku viral muka kau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scha berkongsi gambar wanita tersebut dan tangkap layar kiriman mesej yang dihantarnya menerusi aplikasi WhatsApp.

PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak menularkan gambar seorang wanita lain yang didakwa telah menipu duitnya sehingga RM149,400 gara-gara kumpulan wang kutu.

Menurut pengguna akaun Facebook, Scha Alleya, dia yang semakin hilang sabar apabila tempoh yang diberikan kepada wanita berkenaan sudah terlalu lama, namun langsung tidak diendahkan.

“Jarang aku nak viralkan orang, tapi sebab dah melampau sangat, kau bawa lari duit aku RM149,400.

“Dari Oktober tahun lepas aku diam sahaja sebab tak mahu budak-budak tahu hal dia, tapi makin hari makin kau pijak aku,” tulisnya pada hantaran di Facebook hari ini.

Katanya lagi, sebelum ini dia telah meminta wanita tersebut membuat bayaran secara ansuran sebanyak RM500 sebulan.

Malangnya, wanita itu tidak membuat sebarang bayaran kepadanya sehingga hari ini dan setiap panggilan dan kiriman mesej yang dihantar terus diabaikan.

“Aku dah tak larat nak hadap, kau punca bagi aku kena dengan orang lain selama ini, aku akan buat kau sampai duduk dalam, selama ini aku tak buat sebab fikirkan aib kau dan anak kau yang masih kecil lagi.

“Sampai sekarang, RM100 pun tak masuk dalam akaun aku langsung,” ujarnya.

Susulan dari perkongsian tersebut, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan ada pengguna yang berkongsi pengalamannya ditipu oleh pengendali kumpulan wang kutu.

“Saya pun pernah macam ini, setiap bulan saya bayar RM200 untuk kumpulan kutu, bila sampai giliran saya, kumpulan tersebut senyap, dan pengendali atau ibu kutu hilangkan diri, kumpulan di WhatsApp pun dah dia tinggalkan, rugi RM1,200 juga untuk tempoh enam bulan yang saya bayar,” luah seorang pengguna.

“Lepas ini, perlu hati-hati kalau nak main kumpulan kutu, jangn mudah percaya orang, banyak sangat kes kena tipu guna kaedah macam ini,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI