fbpx

APMM musnah dua bot Vietnam ceroboh perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM sedang memusnahkan dua bot nelayan Vietnam yang telah dilucuthak di Marang hari ini.

MARANG – Maritim Malaysia (APMM) hari ini melupuskan dua bot nelayan Vietnam yang pernah menceroboh perairan negeri ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, dua bot nelayan asing itu dilupuskan dengan cara dimusnahkan sehingga hancur.

“Tindakan pelupusan demikian menunjukkan ketegasan APMM dalam memerangi pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

“Kedua-dua bot berkenaan ditahan dalam Ops Naga Barat dan Ops Kuda Laut oleh APMM pada tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot nelayan Vietnam tersebut juga telah menerima perintah lucut mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 16(3) akta sama pada tahun lalu.

Seramai 13 kru termasuk tekong kedua-dua bot nelayan itu telah dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

“Setakat ini, APMM Terengganu melupuskan 137 bot nelayan Vietnam sama ada secara hancur dan ditenggelamkan menjadi tukun tiruan. Kesemua bot nelayan Vietnam yang dilupuskan bernilai RM202.5 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI