fbpx

80 pelajar UMS terima bantuan awal pengajian YBR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Abdul Rahman (tiga dari kiri) ketika menyerahkan replika cek kepada Dr. Taufiq di UMS hari ini.

PETALING JAYA – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi institut pengajian tinggi awam pertama di negara ini menerima peruntukan bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Seramai 80 pelajar UMS daripada keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran kemasukan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda menerima bantuan tersebut dengan peruntukan sebanyak RM80,000.

Majlis penyerahan bantuan kepada penerima disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Dr. Abdul Rahman Bakri serta dihadiri Naib Canselor UMS, Prof. Datuk CHM Dr. Taufiq Yap Yun Hin hari ini.

Setiap penerima menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi membuat persediaan awal kemasukan ke sesi pengajian semester baharu.

Dr. Abdul Rahman berkata, selain misi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, inisiatif seperti itu juga diharap meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat Covid-19.

“Program bantuan seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar sebelum mendapat mana-mana bantuan atau dana dalam meneruskan pengajian sedia ada.

“Penerima amat mengalu-alukan bantuan seperti ini kerana sekurang-kurangnya pelajar kurang berkemampuan mendapat perhatian pihak luar sekali gus memberikan keterujaan untuk membuat persiapan memasuki pengajian sama seperti mereka yang bernasib baik,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI