fbpx

Angka jangkitan harian menurun, catat 19,105 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. -MUHAMAD IQBAL ROSLI

PUTRAJAYA – Sebanyak 19,105 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam sekali gus menjadikan keseluruhan kes di negara ini mencecah 2,993,124 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam, sebanyak 385 kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (6,897 kes), Kuala Lumpur (2,776 kes), Pulau Pinang (2,175 kes), Negeri Sembilan (1,507 kes), Perak (1,404 kes), Kedah (1,817 kes), Johor (1,939 kes), Sarawak (1,317 kes) dan Pahang (1,150 kes).

“Seterusnya, Melaka (638 kes), Kelantan (834 kes), Sabah (578 kes), Terengganu (795 kes), Putrajaya (154 kes), Perlis (144 kes) dan Labuan (97 kes),” demikian paparan maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 71 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,400 kes serta sebanyak 26 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,225 kes.

Sebanyak 274,059 kes aktif dilaporkan melibatkan 264,985 kes dikuarantin di rumah, 1,623 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,080 kes di hospital, 168 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 203 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI