fbpx

Sheryl Shazwanie sedang hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERYL didakwa sengaja memakai baju besar untuk menutup bentuk ‘baby bump’.

SEJAK mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu, pasangan muda Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie memang langsung tidak boleh berenggang.

Ke mana-mana sahaja, asyik berkepit berdua. Seronok pula Diva tengok kemesraan yang dipamerkan pasangan suami isteri itu.

Baru-baru ini, Diva ada ‘terselak’ akaun Instagram Sheryl dan melihat beberapa keping foto yang dimuat naik penyanyi itu.

Nampak seperti Sheryl sedang hamil. Sebabnya jelas kelihatan bentuk ‘baby bump’ pada foto yang dimuat naik bersama suaminya, Azzam.

Bukan Diva seorang sahaja yang perasan. Malah peminat-peminatnya juga nampak keadaan perutnya yang sedikit buncit seperti wanita hamil.

Lebih menguatkan andaian apabila Sheryl memakai baju bersaiz besar seolah-olah ingin menutup bentuk perutnya itu.

Kalau betul seperti yang disangka, syukur alhamdulillah. Tahniah Sheryl dan juga Azzam apabila bakal menimang cahaya mata sulung nanti.

DIVA: Khabarnya ada netizen meluat dengan Sherry Alhadad kerana dikatakan cuba meniru gaya Kak Lina Pom Pom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI