fbpx

Polis kesan pencuri van jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van jenazah yang dilarikan dari sebuah masjid di Kampung Padang Lati ditemui di Kompleks ICQS padang Besar lewat malam semalam.

PADANG BESAR – Polis sedang giat mengesan suspek yang mencuri dan melarikan sebuah van jenazah dari sebuah masjid di Kampung Padang Lati di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, polis menerima aduan mengenai kes tersebut daripada seorang pembantu Masjid Al-Ghafor, Kampung Padang Lati.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, pengadu memaklumkan rakan setugasnya bahawa dia telah melihat kenderaan berkenaan di persimpangan Alor Tampang kira-kira pukul 10 pagi, namun tidak mengesyaki sesuatu.

“Rakan setugas pengadu pergi ke masjid untuk menunaikan solat zuhur, namun mendapati van jenazah itu tiada di tempatnya sebelum menghubungi pengadu.

“Sebaik dihubungi, pengadu memaklumkan dia berada di rumah dan tidak tahu siapa yang memandu van tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pembantu masjid bersama orang kampung kemudian pergi mencari van itu tetapi gagal menemuinya dan mengesyaki kenderaan tersebut dicuri.

“Siasatan awal polis mendapati van itu ditinggalkan di kawasan masjid dalam keadaan tidak berkunci dengan kunci kenderaan diletakkan di dalam van tersebut.

“Hebahan telah dilakukan Balai Polis Beseri dan van jenazah berwarna perak jenis Kia Pregio ditemui anggota polis di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar lewat malam semalam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI