IPOH – Pasukan penyelamat telah menemui pendaki warga emas yang hilang lebih seminggu lalu semasa melakukan aktiviti di Puncak Jelapang.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak mengesahkan perkara tersebut dalam hantaran kepada media sebentar tadi.
Bagaimanapun, belum ada perincian dimaklumkan dan difahamkan usaha membawa keluar mangsa sedang dilakukan.
“Mangsa yang hilang di Bukit Jelapang telah ditemui. Laporan akan menyusul,” kata hantaran tersebut.
Mangsa, Lau Sam, 84, disedari hilang oleh ahli kumpulannya sekitar pukul 6 petang setelah didapati tidak tiba di kaki bukit yang kemudian bertindak mendaki semula bagi mencari mangsa. – KOSMO ONLINE