fbpx

OKU terselamat selepas keluar tidur di kedai kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHIM di hadapan rumahnya yang musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Nerek di Maran hari ini.

MARAN – Gerak hati seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental untuk keluar daripada rumah didiaminya dan tidur di sebuah rumah kedai kosong malam semalam menyelamatkannya daripada rentung dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Nerek di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu rumah didiami mangsa, Rahim Harun,48, di Felda Sungai Nerek di sini musnah kira-kira 95 peratus akibat kejadian kebakaran berkenaan.

Menurut Rahim selain tidur di rumah pusaka berkenaan seorang diri dia juga biasa bermalam di rumah kedai kosong yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

“Semalam saya tidak selesa tidur di rumah dan saya pergi tidur sana (rumah kedai kosong), saya balik rumah saya sudah terbakar,”katanya di sini hari ini.

Mangsa yang masih bujang tinggal seorang diri di rumah pusaka berkenaan selepas kakaknya berkahwin dan berpindah ke Felda Mempaga di Bentong.

Dalam pada itu jiran mangsa, Mazlan Ahmad berkata, mereka yang berusaha mencari mangsa selepas kejadian mendapati mangsa pulang ke rumah kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

“Kami risau selepas mangsa tidak dapat dikesan, alhamdulillah mangsa selamat ditemukan dan walaupun mangsa mengalami masalah mental tetapi dia tidak pernah mengganggu orang lain,”katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI