fbpx

Lelaki temui ikan kembar berkepala dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan kembar berkepala dua berbentuk hati ini ditemui seorang pencuci pantai di Sao Paulo, Brazil. - The Sun

SAO PAULO, Brazil – Seorang pencuci pantai di Sao Paulo, Brazil terkejut apabila menemui seekor ikan berkepala dua yang menyerupai bentuk hati, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Claudinei Antonio yang telah bertugas di pantai itu selama 25 tahun berkata, itu kali pertama dia menemui spesies ikan seperti itu.

“Saya menyedari kehadiran ikan ini di gigi air pantai kerana bentuknya yang luar biasa seperti hati.

“Apabila diperhatikan dengan lebih dekat rupanya ia mempunyai dua kepala,” kata Antonio.

Sementara itu, seorang ahli biologi marin, Eric Comin mendedahkan situasi itu adalah sama seperti manusia iaitu kembar yang dilahirkan dalam keadaan bercantum atau kembar siam.

“Sudah ada rekod ikan kembar seperti ini di Akuarium Espirito Santo. Ia sangat jarang berlaku tetapi ikan-ikan itu berjaya bertahan dan terus hidup.

“Ikan kembar ini tidak ada pertindihan organ. Jadi, terdapat satu organ untuk kedua-duanya dan ia boleh hidup bersama, namun tiada teknologi setakat ini untuk memisahkannya,” jelas Comin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI