fbpx

Lelaki melecur separuh badan dapur terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dapur yang terbakar dalam kejadian di rumah teres setingkat, Jalan Terolak 2, Taman Bamboo hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melecur separuh badan ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Terolak 2, Taman Bamboo, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.30 petang.

“Seramai 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Gombak Selatan, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku kebakaran di bahagian dapur yang mana terdapat klorin sebanyak 20 kilogram(kg) disimpan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebakaran terbabit turut melibatkan seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an yang melecur hampir 50 peratus di bahagian badan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang menggunakan unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Sementara itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi membersihkan bahan kimia dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI