fbpx

Klopp waspada ancaman Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON menjadi pilihan utama Klopp untuk mengawal gawang Liverpool ketika mereka dijadual bertemu Forest awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan tentangan sengit bakal ditempuh pasukannya pada aksi suku akhir Piala FA bertemu Nottingham Forest di City Ground, awal pagi esok.

Walaupun lawannya itu berstatus kelab dari Liga Kejuaraan, Klopp nyata tidak akan memperjudikan nasib pasukannya kerana Forest pernah mengejutkan kelab Liga Perdana Inggeris se­perti Leicester City dan Arsenal.

Masalah kecederaan dijangka tidak akan beri kesan besar buat Klopp, namun pengurus itu tidak akan memandang rendah ke­upayaan lawannya dengan me­nurunkan barisan pemain kedua.

The Reds mahu mempertaruhkan barisan terkuat dan Klopp juga mengesahkan akan menggunakan khidmat Alisson Becker sebagai penjaga gol utama bagi menggantikan Caoimhin Kelleher.

“Piala FA pastinya Ali (Alisson). Saya fikir kami adalah kelab EPL yang keempat bertemu Nottingham dan mereka telah memberikan aksi terbaik setakat ini.

“Maka pastinya kami akan menurunkan skuad terbaik untuk menghadapi perlawanan itu nanti,” kata Klopp.

Menjelang pertemuan itu, Li­verpool tidak dapat menggunakan khidmat Trent Alexander-Arnold, manakala masalah kecederaan kaki yang dihadapi Mohamed Salah menyaksikan dia belum lagi pasti dapat diturunkan,

“Mereka (Forest) pastinya sudah mula memikirkan untuk layak ke saingan lebih tinggi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI