BETUL orang kata, kalau muka cantik buat apa pun dipuji cantik. Begitulah yang terjadi pada pelakon Intan Najuwa apabila dihujani dengan pujian daripada peminatnya gara-gara sekeping foto mencuci pinggan mangkuk di rumah.
Baru-baru ini pelakon bertubuh kecil molek itu ada memuat naik sekeping foto sedang mencuci pinggan mangkuk.
Apa yang menarik perhatian Diva apabila Intan dihujani pujian kerana dikatakan rajin membuat kerja-kerja rumah.
Malah, ada juga komen peminatnya memuji kecantikan pelakon pujaan mereka itu walaupun ketika sedang mencuci pinggan mangkuk.
Sebab itulah Diva kata, orang cantik buat apa sahaja pasti akan dipuji. Agaknya kalau Divalah yang kongsikan gambar sedang mencuci pinggan mangkuk, silap-silap netizen ingat Diva orang gaji agaknya.
Untung Intan, sudahlah bijak, cantik pula. Beruntung bakal mak mentua.
DIVA: Sedih betul jalan cerita novel Kerana Cinta Itu Ada yang diadaptasi daripada kisah cinta sebenar Nabila Razali.