PETALING JAYA – Aksi bersahaja seorang kanak-kanak lelaki menyelam untuk mencari belangkas di sebuah sungai di Kota Tinggi, Johor mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial milik Yati, kelihatan seorang budak lelaki terjun secara selamba ke dalam sungai ditemani oleh ibunya.
Tanpa rasa takut, kanak-kanak tersebut juga dilihat sungguh selesa berada di kawasan berkenaan.
Lebih menarik perhatian, dia bukan sahaja mampu mengapungkan diri tanpa bantuan, malah turut menyelam untuk mengutip belangkas di dasar sungai.
Ditambah pula dengan kebolehan ibunya yang pandai menjejak lokasi belangkas, pasangan anak-beranak ini ternyata sebuah pasukan yang serasi.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai meluahkan perasaan kagum dengan kebolehan kanak-kanak tersebut dan turut memuji ibunya kerana mengajar anak berenang pada usia muda.
“Ya Allah, hebatnya anak ini. Dia berani sangat sangat dan harga belangkas mahal sekarang ni,” kata seorang pengguna dikenali sebagai ibu.
Tahniah kak berjaya didik anak ilmu ‘survival’ begini. Seronoknya saya tengok,” seloroh Raja Muhd. Al-Mahi.
“Terbaik, saya pernah mengajar di sebuah sekolah oranga sli di Johor. Macam ni lah budak-budak kecik dah ‘power’. Macam kanak-kanak kampung dahulu, ujar J4lizali. KOSMO! ONLINE