fbpx

Hujan lebat di Gua Musang, Cameron malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan di beberapa kawasan melibatkan lapan negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, amaran dikeluarkan di seluruh kawasan negeri Perlis dan Kedah serta dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.

“Di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala di Perak hanya tertumpu di Hulu Perak.

“Di Kelantan, turut terlibat iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang sementara di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Pekan,” katanya.

Sementara itu, di Sarawak, amaran sama dikeluarga di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan), Sri Aman, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala, di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Labuan.

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI