fbpx

Hampir 90 peratus penduduk Indonesia miliki antibodi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menutup mata semasa menerima vaksin Sinovac di Banda Aceh pada 20 April 2021. - AFP.

JAKARTA – Penyelidik Fakulti Kesihatan Umum Universiti Indonesia (FKM UI) mendedahkan bahawa sekitar 86.6 peratus penduduk Indonesia sudah mempunyai antibodi semula jadi terhadap Covid-19, lapor laman berita Kompas kelmarin.

Ini adalah hasil tinjauan serologi yang dijalankan oleh FKM UI untuk tempoh  November-Disember 2021.

Tinjauan Serologi  adalah kajian tentang imuniti masyarakat terhadap virus yang menyebabkan Covid-19 dengan memeriksa antibodi dalam darah.

Pakar epidemiologi tempatan, Pandu Riono berkata, adalah penting untuk melakukan kajian  serologi bagi  memahami tahap imuniti orang ramai terhadap Covid-19. 

Kekebalan tersebut diperoleh daripada jangkitan semula jadi dan vaksinasi Covid-19.

“Dengan tahap imuniti yang cukup tinggi, kita dapat membezakan pesakit yang perlu dirawat di hospital dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) ” kata Pandu.

Tahap antibodi Covid-19 adalah tertinggi pada mereka yang telah divaksinasi dengan  dos kedua.

Selain itu, sebanyak 73.9 peratus penduduk Indonesia yang belum divaksin sudah mempunyai antibodi Covid-19.

“Ini menunjukkan proporsi penduduk yang dijangkiti Covid-19 di negara ini sudah tinggi,” kata seorang penyelidik FKM UI, Iwan Ariawan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI