fbpx

Gadis redah hujan, panas lukis mural lebih 50 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang gadis sanggup meredah hujan dan panas bagi menyiapkan lukisan mural sepanjang 50 meter di Taman Cheng Lai, Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Menghasilkan lukisan mural yang cantik bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika melibatkan skala yang besar.

Bagaimanapun, bakat dan usaha seorang gadis yang dikenali sebagai Sya akhirnya membuahkan hasil apabila lukisan muralnya di Taman Chai Leng, Pulau Pinang mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial miliknya, memaparkan proses lukisannya di sebuah dinding berhampiran Hotel Pearl View dipercayai melebihi 50 meter.

Menurutnya, sepanjang tempoh 10 hari menyiapkan mural itu, pelbagai cabaran dilaluinya termasuklah pengalaman menggeramkan akibat terpijak tahi binatang di jalan raya.

“Ini pengalaman pertama saya melukis di dinding yang panjang dan banyak cabaran yang saya lalui termasuk meredah cuaca hujan dan panas.

“Tapi antara pengalaman yang saya akan ingat adalah sewaktu terpijak tahi anjing. Habis kena samak,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan hasil lukisan tersebut dan memberikan pujian kepada gadis tersebut.

“Ini baru hantaran RM100,000. Terbaik la sis, semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” kata meoriskandar.

“Terima kasih indahkan kawasan saya,” ucap zafifilias.

“Terima kasih kak cantikkan bandar Seberang Perai. Saya duduk sini. Moga akan dimurahkan rezeki,” ujar Izingyou. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI