PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan disalurkan kepada penerima yang layak selewat-lewatnya 31 Mac ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketika ini, terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk BKM 2022.
Beliau berkata, penelitian terperinci harus dilaksanakan oleh LHDN bagi memastikan tiada yang tercicir daripada BKM.
“Saya difahamkan, LHDN sedang berusaha mengesahkan kelayakan penerima secepat mungkin.
“Saya tidak mahu LHDN tergesa-gesa memproses permohonan sehingga ada Keluarga Malaysia yang layak tercicir daripada menerima bantuan ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook semalam. – KOSMO! ONLINE