fbpx

Areia Preta, pantai radioaktif di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai radioaktif ini sangat popular dalam kalangan pelancong yang berkunjung Brazil kerana keunikan pasir hitamnya. - Marcelo Moryan/MTur

BRASILIA, Brazil – Sebuah pantai bernama Areia Preta di Brazil popular kerana mempunyai  pasir berwarna hitam yang mengandungi radiasi hampir 400 kali ganda lebih tinggi daripada tahap normal  yang direkodkan di Amerika Syarikat (AS), lapor laman Oddity Central kelmarin.

Pasir di pantai ini mengandungi kuantiti monazit yang sederhana, mineral fosfat yang kaya dengan beberapa unsur nadir bumi termasuk uranium dan torium.

Penyelidikan  menunjukkan bahawa sinaran radiasi yang berasal daripada pasir di pantai Areia Preta di bandar Guarapari boleh mencapai bacaan 175 mSv setahun, atau 20 μSv/j.

Secara perbandingan, purata tahap pendedahan radiasi di AS pula adalah kira-kira 0.34 μSv/j.

Pasir hitam yang kaya dengan monazit Guarapari Itu  kali pertama disedari pada tahun 1880, oleh saintis Austria, Carl Auer von Welsbach

Sehingga hari ini, beribu-ribu pelancong cuba mengubati penyakit dengan berbaring atau menutup diri mereka dengan pasir radioaktif itui tanpa menghiraukan bahaya pendedahan berpanjangan kepada radiasi.

Ramai penduduk di Brazil percaya bahawa pendedahan kepada pasir sebenarnya baik untuk kesihatan mereka.

Disebabkan kepercayaan penduduk tempatan itu Guarapari digelar sebagai ‘The Healthy Town’ atau ‘Kota  Sihat’.

Selama bertahun-tahun, penyelidikan telah menunjukkan bahawa sinaran gamma pada pasir Areia Preta mampu membahayakan kesihatan pelancong.

Satu kajian pada tahun 2002 mendapati bahawa dos sinaran gamma di pantai Areia Preta adalah setanding dengan dos yang berada dalam lingkungan  sekitar satu kilometer dari loji kuasa nuklear di Chernobyl.

Sinaran yang diserap melalui kulit dilaporkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit, manakala sebatian radioaktif yang disedut boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Atas sebab inilah Agensi Nuklear Brazil tidak mengesyorkan orang ramai tidak meluangkan masa terlalu lama di  Areia Preta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI