fbpx

150 pengunjung pusat hiburan dikompaun, dua ditahan langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Antara pengunjung yang dikompaun dalam serbuan berasingan di pusat hiburan sekitar Jalan Raja Chulan dan Jalan Bukit Bintang, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 150 pengunjung pusat hiburan dikompaun serta dua lelaki ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di dua premis sekitar Jalan Raja Chulan dan Jalan Bukit Bintang, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan berasingan itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi pada pukul 12.30 malam.

“Hasil serbuan pertama mendapati seramai 12 pengunjung terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita serta dua lelaki warga asing berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun sedang berhibur.

“10 individu itu dikompaun termasuk pengurus premis sebanyak RM1,000 setiap pengunjung manakala dua lelaki warga asing terbabit ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Noor Dellhan memaklumkan menerusi serbuan kedua polis berjaya mengeluarkan kompaun terhadap 140 pengunjung pusat hiburan.

“Seramai 70 lelaki dan 70 pengunjung wanita yang berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun telah dikompaun sebanyak RM1,000 setiap orang.

“Hasil pemeriksaan premis itu dipercayai tidak mempunyai lesen yang sah dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” ujarnya.

Katanya, orang ramai dinasihati agar terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan operasi pemantauan pusat hiburan di ibu kota akan terus ditingkatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI