fbpx

Tiga bulan tumpang balai raya, rumah dihanyut banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamaliah (kanan) dan adiknya masih menumpang di Balai Raya Kampung Mambang Berulang, Temerloh selepas rumah mereka hanyut dalam kejadian banjir pada penghujung Disember lalu.

TEMERLOH – Dua beradik warga emas dari Kampung Mambang Berulang di sini terpaksa me­numpang di balai raya sejak Ja­nuari lalu selepas rumah mereka musnah dalam kejadian banjir pada penghujung tahun lalu.

Jamaliah Kasim, 71, dan adik­nya, Saadiah Kasim, 69, pasrah tinggal di Balai Raya Kampung Mambang Berulang kerana tidak mempunyai rumah lain untuk didiami.

“Kami berterima kasih kepada ketua kampung kerana membenarkan tinggal di sini walaupun tak selesa, tetapi lebih baik daripada tinggal dalam khemah.

“Kami amat berharap kerajaan Pahang agar dapat meluluskan Rumah Rakyat Pahang (RRP) sekurang-kurangnya mempunyai rumah untuk diduduki,” katanya kepada ketika ditemui di Kampung Mambang Berulang semalam.

Menurut Jamaliah, rumah pusaka mereka yang terletak satu kilometer dari balai raya tersebut hanyut beberapa meter dari tapak asal dan tersangkut pada pokok sawit daripada dibawa arus Sungai Semantan.

Jamaliah yang hanya bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan merayu kerajaan mempercepatkan bantuan rumah untuk mereka.

Sementara itu, adiknya, Saadiah memberitahu, dia tidak pernah bekerja kerana memberikan komitmen menjaga ibu dan ayahnya yang uzur sebelum ini.

Rumah didiami dua beradik warga emas yang dihanyutkan arus dalam kejadian banjir besar pada Disember lalu.

Dia memberitahu, kedudukan kampung Mambang Berulang yang sukar dihubungi kerana berada di seberang Sungai Semantan menjadi antara faktor dia dan kakaknya ‘ketinggalan’ menikmati hidup berkeluarga.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan kini harapan kami ialah untuk memiliki rumah sendiri. Kami ada tanah tetapi lokasinya pula sering dilanda banjir saban tahun,” katanya.

Wanita itu merayu JKM me­nyalurkan bantuan bulanan kepadanya memandangkan per­belanjaan harian kini bergantung kepada pendapatan RM500 yang diterima kakaknya.

Ditanya sama ada mereka bersetuju ditawarkan ke rumah kebajikan, Saadiah berkata, dia tidak rela berpisah dengan kakaknya yang semakin uzur.

“Biarlah kami hidup seada­nya. Kami biasa makan nasi tidak berlauk tetapi kami puas dapat hidup bersama bawah satu bumbung,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI