fbpx

‘Tiada kluster mahkamah, hanya kluster kasih sayang dalam UMNO’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (tengah) semasa mengunjungi Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. /FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Tiada kluster mahkamah atau kluster menteri dalam UMNO, sebaliknya satu-satunya kluster yang ada dalam parti itu adalah kluster kasih dan sayang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kluster kasih dan sayang UMNO yang akan menjadi tekad utama parti itu untuk mencapai kemenangan.

“Kluster kasih dan sayang menjadi tekad kemenangan yang jauh lebih dominan serta mencapai kestabilan negara dan kerajaan. Rakyat akan mendapat manfaatnya.

“Kita kena tunjuk contoh kepada rakyat. Jika rakyat lihat kita berada dalam satu kedudukan yang kuat, Insya-Allah keyakinan rakyat kepada kita akan lebih tinggi,” katanya kepada pemberita semasa mengunjungi Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI