fbpx

THT mudah belasah TNB Thunderbolts 5-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain THT meraikan kemenangan selepas menewaskan TNB Thunderboalts 5-1 dalam aksi Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Terengganu (THT) semakin menghambat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menguasai takhta Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas membelasah TNB Thunderbolts 5-1 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan THT hanya ketinggalan satu mata di belakang TNB dengan pertembungan terakhir liga pada Selasa ini menjadi penentuan pasukan lebih layak menjulang kejuaran musim ini.

Dalam aksi petang tadi, Faizal Saari meletakkan THT di depan selepas gerakan solonya berjaya melepasi dua pertahanan Thunderbolts sebelum menewaskan penjaga gol, Muhammad Hamiz Ahir pada minit ke-26.

Dua minit bersambung babak kedua, Faizal menggandakan kedudukan 2-0 juga menerusi gol padang hasil hantaran Abdul Khaliq Hamirin dari sebelah kanan.

THT terus selesa pada minit ke-49 melalui jaringan padang Muhammad Marhan Jalil dan Muhammad Sufi Ismat Rohulamin (m-52) untuk menjadikan kedudukan 4-0 buat tuan rumah.

Penyerang berbisa, Faizal melengkapkan hatrik yang juga jaringan ke-22 musim ini apabila melakukan pukulan kencang hasil umpanan Abdul Khaliq pada minit ke-55.

Thunderbolts hanya memperoleh jaringan sagu hati menerusi Shamir Rizmi Shamsul pada minit ke-59 dan kedudukan 5-1 berpihak THT kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI