fbpx

Sasar pengeluaran susu getah 200,000 tan setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (dua kiri) sedang memerhati sukatan kandungan susu getah sebelum diproses menjadi lateks pada Program Pelancaran Insentif Pengeluaran Latex di MHJ Enterprise, Kampung Renab, Bukit Bunga hari ini. /FOTO BAHRUDDIN HATTA

TANAH MERAH – Kerajaan menyasarkan pengeluaran hasil susu getah atau lateks sebanyak 200,000 tan setahun menerusi Program Koridor Lateks Pantai Timur yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, jumlah itu dikira ekoran negara hanya mampu menyediakan kurang daripada 10 peratus daripada permintaan getah iaitu 32,000 tan setahun.

Menurutnya, pasaran dunia ketika ini memerlukan sebanyak 400,000 tan lateks setahun dan negara fokus untuk mencapai sehingga 50 peratus permintaan dalam masa lima tahun akan datang.

“Sehubungan itu, Program Koridor Lateks Pantai Timur akan menyediakan banyak insentif kepada pekebun-pekebun kecil getah untuk terus mengusahakan lateks pada masa akan datang.

“Melalui program itu, ia menjadikan tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang diangkat menjadi koridor lateks negara bagi membantu memenuhi permintaan pasaran ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Pelancaran Insentif Pengeluaran Latex di MHJ Enterprise di Kampung Renab, Bukit Bunga di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida memberitahu, melalui Program Koridor Lateks Pantai Timur, peserta akan menerima sebanyak RM850 bagi tujuan pembajaan bagi setiap hektar tanah getah.

Ujarnya, mereka juga akan mendapat sebanyak RM1 bagi setiap satu kilogram getah kering yang dihasilkan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI