HAQIEM Rusli sememangnya dilahirkan sebagai anak seni yang sangat berbakat.
Bukan sahaja boleh menyanyi sehinggalah menjadi penulis lirik, dia berjaya menghasilkan banyak karya indah yang menjadi siulan ramai.
Terbaharu, Haqiem sekali lagi meraih pujian ramai dalam TikTok kerana menukar ‘roh’ sebuah lagu popularnya, Mimpi dalam versi pop 1980-an.
Disebabkan kemampuannya menghasilkan komposisi cemerlang, ramai menggelar dan menyamakan Haqiem sebagai Charlie Puth versi Malaysia.
“Inilah contoh Budak-Budak Baru Nak Up yang hebat dan berbaloi untuk diminati,” puji netizen.
“Charlie Puth Malaysia atau Haqiem Puth,” komen netizen.
Mimpi versi 1980-an Haqiem kini meraih lebih 660,000 tontonan dan 81,000 tanda suka dalam TikTok.