fbpx

PM tidak akan tangguh PRU15 jika yakin UMNO menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Jika kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu satu saat pun untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk memenangi PRU15, pimpinan UMNO bagaimanapun mesti bersatu padu dan merapatkan saf.

“Saya mendengar dengan tekun dan memahami kehendak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau dipersetujui beri saya (masa) bersama Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden UMNO atau `Top Five’ untuk bincang perkara ini.

“Insya-Allah kita cuba supaya Barisan Nasional (BN) jadi parti dominan semula. Kita akan merapatkan saf kepimpinan bersama para pewakilan dan pemimpin peringkat di akar umbi.

“Insya-Allah kemenangan PRU15 di tangan UMNO dan BN,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI