fbpx

Pangkor pulau peruncitan digital tanpa tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (tengah) beramah mesra bersama peniaga pada sesi walkabout selepas Program ReDI di Pulau Pangkor, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh LIYANA RAMLI

LUMUT – Pulau Pangkor menjadi pulau peruncitan digital pertama negara di bawah program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan (ReDI).

Tujuannya bagi membantu peniaga kecil supaya tidak ketinggalan dalam dunia digitalisasi perniagaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ReDI membolehkan peniaga bersama-sama terlibat menerusi model baharu perniagaan secara digital.

“Sebelum ini kita promosikan penggunaan e-Wallet tetapi bilangan yang menggunakannya sangat rendah.

“Setakat ini, jumlah peniaga yang mendaftar ReDI adalah 61 peratus iaitu seramai 451 daripada 741 sehingga 18 Mac lalu,” katanya kepada pemberita pada program ReDI di Arena Pekan Pangkor di Pulau Pangkor hari ini.

Jelas beliau, pelaksanaan ReDI di Pulau Pangkor sangat penting kerana ia memberi momentum kepada agenda digitalisasi negara terutama untuk pemain industri sektor peruncitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI