fbpx

Padah langgar SOP, pengunjung dan pekerja dikompaun RM146,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua 146 individu dikenakan kompaun RM146,000 atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Covid-19 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP), seramai 146 pengunjung dikompaun RM146,000 dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di kawasan Cheras, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 11.45 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Hasil serbuan tersebut, seorang lelaki tempatan dan dua wanita asing ditangkap kerana disyaki menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen sah, menggaji pekerja asing tanpa permit sah, menjual minuman keras tanpa lesen sah serta tiada dokumen perjalanan diri yang sah.

“Beberapa barangan turut dirampas bagi tujuan siasatan termasuklah beberapa botol minuman keras pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan serbuan turut mengeluarkan kompaun atas kesalahan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Covid-19 kepada 146 individu yang merupakan pekerja serta pelanggan pusat hiburan berkenaan.

“Jumlah nilai kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM146,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI