fbpx

Nekad bakar hospital kerana tidak diberi ubat kesuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan hospital daerah di Tanjungbalai selepas percubaan dibakar oleh seorang wanita dipercayai mempunyai gangguan mental. - Polis Tanjungbalai

JAKARTA – Seorang wanita menjadi tular di media sosial apabila cuba membakar sebuah hospital daerah di Tanjungbalai, Sumatera Utara kerana berang tidak diberikan ubat kesuburan.

Menurut laporan Tribunnews, wanita yang dikenali sebagai DP itu pada mulanya membuat kecoh apabila permintaannya mendapatkan ubat kesuburan ditolak oleh pihak hospital.

Tidak lama selepas itu, suspek berusia 46 tahun itu kembali ke hospital dengan membawa bungkusan dipercayai berisi petrol sebelum membuangnya ke dalam sinki dan menyalakan api.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanjungbalai, Asisten Komisioner Eri Prasetio berkata DP disahkan mempunyai gangguan mental dan sudah beberapa kali membuat onar di fasiliti kesihatan sama.

“Dia masih belum berkahwin tetapi setiap kali datang ke hospital, dia mahukan slot untuk bayi tabung uji, ubat kesuburan dan apa-apa rawatan berkaitan kehamilan.

“Pihak hospital memaklumkan bahawa sebelum kejadian, DP meminta ubat kesuburan agar dia boleh hamil anak kembar tiga,” jelas Eri.

Tambahnya, kebakaran yang dicetuskan DP berjaya dikawal kerana api tidak marak dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Suspek juga sudah ditahan polis dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dengan bantuan keluarga DP. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI