fbpx

Lampard patah jari rai kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD (tengah) mengakui sangat gembira dengan kejayaan pasukannya menewaskan Newcastle untuk meraih mata penting. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Frank Lampard mendedahkan bahawa jarinya mungkin pa­tah kerana terlalu ghairah me­raikan kemenangan pasukannya yang menewakan Newcastle United 1-0 awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Goodison Park itu, Alex Iwobi muncul wira The Toffees apabila meledak gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan sekali gus menghadiahkan tiga mata penting.

Kejayaan itu menyaksikan Everton kini berada pada kedudukan ke-17 Liga Perdana Inggeris berkelebihan tiga mata berbanding Watford yang berada di zon penyingkiran.

“Saya rasa jari atau tangan saya patah kerana meraikan kemenangan ini. Saya tidak kisah selagi kami menang dan mendapatkan tiga mata penting ini.

“Saya tidak sedar mengenai perkara itu sehinggalah saya mu­la merasai kesakitan dan tangan saya menggeletar tetapi saya fikir tidak terlalu teruk.

“Ini adalah malam yang menakjubkan. Adalah sangat pen­ting apabila kami kembali fokus untuk terus kekal dalam saingan musim depan. Kami sangat memerlukan kemenangan ini tetapi perjalanan ini masih panjang,” katanya.

Pada perlawanan itu, Everton terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengahnya, Allan dilayangkan kad merah pa­da minit ke-83, namun Iwobi menghadiahkan kemenangan ke­pada penyokong apabila meledak gol pada minit ke-99.

“Secara jujur, kad merah itu memberikan kesan kerana kami tidak boleh tewas pada perlawanan ini tetapi fokus pemain tidak terjejas untuk mendapatkan gol dan akhirnya kami berjaya.

“Kami mendapatkan tiga mata tetapi kami kehilangan Allan untuk tiga perlawanan yang mana ia menyukarkan kami pada perlawanan selepas ini,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI