fbpx

Kongsi adegan ‘panas’ drama, Zul Ariffin trending di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter gara-gara berkongsi satu klip video 'panas' sebuah drama terbaharunya yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Sejak malam tadi, nama pelakon terkenal, Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter gara-gara berkongsi satu klip video ‘panas’ sebuah drama terbaharunya yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum.

Lebih panas, apabila adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul sambil menggerakkan tubuhnya dengan gaya mengghairahkan turut disamakan seperti babak dalam sebuah filem lucah oleh orang ramai.

Difahamkan drama bertajuk ‘Perempuan Itu’ bakal ditayangkan pada Ramadan ini dan rata-rata orang ramai tidak menyokong kerana mereka beranggapan akan mencemarkan kesucian bulan tersebut.

“Gila la, masa belakon aksi macam ini, para pelakon tidak rasa apa-apa kah, tak ada rasa bersalah ke,” komen seorang pengguna.

“Orang lain sibuk kira berapa hari nak sambut Ramadan, dia sibuk pula kira berapa hari nak rosakkan pemikiran orang Malaysia, inilah drama yang jadi punca masalah akhlak dalam masyarakat,” ujar pengguna yang lain.

“Ganasnya aksi drama ini, makin menjadi-jadi drama Melayu, babak semua tiru gaya barat, dah tak ada unsur kemelayuan yang sejati, lemah lembut,” kata Masker Long.

Sehingga kini, tanda pagar ‘ZulAriffin’ telah mendapat lebih 34,000 perkongsian di Twitter dalam tempoh 12 jam videonya dimuat naik di Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI