fbpx

Kerajaan komited laksana program basmi miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi komited melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan golongan miskin tegar menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Unit Kemiskinan khusus ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) di negeri dan daerah di seluruh negara menerusi agenda basmi kemiskinan.

“Saya mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu (BMTKM) di peringkat Pusat bagi memantau perkembangan pelaksanaan program rintis yang dilaksanakan di 80 lokaliti di seluruh negara.

“BMTKM akan melibatkan kerjasama strategik dengan semua pihak, kerajaan negeri, kementerian, pemimpin setempat, universiti tempatan, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO),” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, sebagai mengimbau kenangan, Ismail Sabri mengakui beliau merasa amat dekat dengan isu kemiskinan dalam kalangan rakyat kerana pernah melalui detik sukar dalam hidupnya sebelum ini.

“Saya sendiri memahami tentang kesusahan dan dapat merasainya sebab saya orang kampung, anak orang miskin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI