fbpx

Kanak-kanak terdedah komplikasi jika tidak divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (tengah) menerima cenderahati selepas merasmikan Program Pelancaran Pelancongan Domestik Daerah Kerian di Kampung Padang Lalang, hari ini. /FOTO WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Kanak -kanak yang tidak divaksinasi lebih terdedah kepada komplikasi sindrom sistem radang berbilang (MIS-C) sekiranya dijangkiti Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian vaksin kepada kanak -kanak berusia lima hingga 12 tahun dapat mengelak golongan tersebut daripada terdedah dengan gejala serius akibat jangkitan.

“Peratusan untuk kena MIS-C lebih tinggi sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak divaksin.

“Dengan pengambilan vaksin ia dapat menurunkan kadar kes yang serius kepada kanak -kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Pelancongan Domestik Mukim Gunung Semanggol Daerah Kerian di Kampung Padang Lalang, di sini hari ini.

Menurut beliau, sehingga semalam sebanyak 34.9 peratus kanak-kanak telah divaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Katanya, Sarawak telah mençapai 67.7 peratus vaksinasi manakala dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di bawah lima belas peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI