fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 8 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir berlaku di beberapa kawasan sekitar Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka akan berlaku sehingga pukul 10 malam ini.

“Amaran ribut petir diberikan susulan keadaan cuaca itu di seluruh negeri Perlis.

“Sementara itu, keadaan sama juga diramal melanda beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, hujan lebat berserta ribut petir turut melanda Hulu Perak, Perak sehingga 10 malam ini.

“Keadaan sama turut berlaku di seluruh Kelantan manakala di Terengganu pula, hujan lebat berserta ribut petir melanda daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Sarawak pula, keadaan itu diramal berlaku di Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” ujarnya.

Keadaan sama turut berlaku di Sabah sehingga 10 malam ini melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI