PETALING JAYA – Kerajaan telah bersetuju meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika penggulungan perbahasan Perhimpunam Agung UMNO 2021 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Berita berkaitan: Gaji minimum RM1,500 akan diumum April, Mei ini
Kosmo! pada 17 Mac lalu melaporkan pengumuman berkaitan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dijangka dibuat pada April hingga Mei ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan memaklumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengkaji pelaksanaan gaji tersebut.- KOSMO! ONLINE