fbpx

Fenomena tanpa bayang di Kuala Lumpur dan Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Fenomena tengah hari tanpa bayang dijangka berlaku di Malaysia melibatkan kawasan seperti Kota Tinggi, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuala Terengganu pada tarikh yang berbeza bermula 25 Mac nanti.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan memaklumkan, peristiwa Ekuinoks diramalkan berlaku mulai 21 Mac ini sehingga 3 April depan di beberapa kawasan seluruh dunia.

“Di Kota Tinggi, fenomena tersebut dijangka berlaku pada 25 Mac, manakala bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada 28 Mac.

“Selain itu, fenomena tengah hari tanpa bayang melibatkan kawasan Kuala Terengganu dijangka berlaku paling lewat di Malaysia iaitu pada 3 April,” katanya dalam satu kenyataan.

Infografik yang dikongsikan oleh Planeterium Negara semalam.

Menurut MOSTI, pada hari tersebut matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa dan ia berlangsung sepanjang hari berkenaan.

Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan oleh Planeterium Negara, antara kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa adalah Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador yang akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang bermula 21 Mac nanti.

Sebagai rekod, Ekuinoks adalah satu keadaan yang memperlihatkan titik subsolar sesebuah planet melintasi garisan Equator atau garisan Khatulistiwa sekali gus menyebabkan bahagian utara serta selatan sesebuah planet melalui tempoh waktu siang dan malam yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI