fbpx

England gugurkan Rashford, Sancho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate menyingkirkan dua bintang utama Manchester United, Jadon Sancho dan Marcus Rashford dengan menyenaraikan empat pemain Arsenal untuk dua aksi persahabatan antarabangsa bulan ini.

Southgate menjelaskan, keputusannya tidak membawa Sancho dan Rashford adalah disebabkan prestasi tidak memberangsangkan ditunjukkan dua pemain di bahagian serangan itu bersama The Red Devils sejak kebelakangan ini.

Oleh itu, beliau merasakan tindakannya lebih tepat de­ngan membawa empat tonggak Arsenal iaitu Aaron Ramsdale, Ben White, Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe menentang Switzerland dan Ivory Coast hujung bulan ini.

“Ramai pemain serangan yang menunjukkan prestasi lebih bagus buat masa ini. Anda sendiri boleh melihat nama-nama seperti Phil Foden, Raheem Sterling, Saka, Smith-Rowe dan juga Jack Grealish.

“Sancho menunjukkan pe­ningkatan tetapi dia bersaing di posisi yang cukup sengit dalam pasukan ini. Jujur saya katakan kesemua pemain yang lain lebih bagus buat masa sekarang,” kata Southgate.

Bagaimanapun, pe­ngendali berusia 51 tahun itu menegaskan keputusan tersebut tidak bermakna Rashford dan Sancho akan terus di­pinggirkan, sebaliknya mereka berdua masih berpeluang ke Piala Dunia Qatar 2022.

Antara nama lain yang disisihkan daripada skuad The Three Lions kali ini adalah pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker, Eric Dier (Tottenham Hotspur) dan Fikayo Tomori (AC Milan).

Bintang pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi pula mendapat panggilan pertama England untuk menentang Switzerland di Wembley pada 26 Mac ini diikuti Ivory Coast tiga hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI