fbpx

Bapa enam anak derita sakit sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaviarasan bersama isteri dan anak-anaknya menunjukkan resit ubat-ubatan yang perlu dibeli untuk penyakit sawan ketika ditemui di rumahnya di Taman Minang Ria, Cheras baru-baru ini.. GAMBAR: MOHD FARIZWAN HASBULLAH

PUTRAJAYA – Sekali pandang, tubuh dan perwatakan S. Kavia­rasan adalah sama seperti orang lain, namun tidak ramai yang tahu bahawa bapa kepada enam cahaya mata ini sebenar­nya menderita penyakit sawan.

Kaviarasan, 48, yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur berkata, dia mula diserang penyakit sawan ketika usianya 18 tahun.

Katanya, walaupun 30 tahun sudah berlalu, penyakit itu tidak pernah hilang, malah sering mengganggu urusan hariannya.

“Sebagai pengawal keselamatan, saya tidak boleh bekerja sehingga mengalami kepenatan melampau kerana dikhuatiri di­serang sawan, namun itulah risiko yang perlu saya tanggung.

“Mustahil untuk tidak berasa penat apabila bekerja. Bagaimana­pun, itu saja yang boleh saya lakukan kerana itulah satu-satunya mata pencarian kami.

“Selain penat bekerja, saya juga berisiko diserang sawan sekiranya tidak cukup tidur,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Cheras baru-baru ini.

Menurut Kaviarasan, dia pernah diserang sawan ketika me­nunggang motosikal sehingga menyebabkannya hilang kawalan dan terbabit dengan kemalangan.

Gara-gara kemalangan tersebut, dia koma selama dua minggu dan tidak dapat bergerak dengan sempurna selama sebulan.

“Biarpun berhadapan dengan risiko sawan, saya tetap bersyu­kur kerana majikan memahami keadaan saya,” katanya.

Ujarnya, dia kini bergantung kepada ubat-ubatan yang diperoleh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi me­ngawal penyakit itu.

Sementara itu, isterinya, T. Srivithya, 40, berkata, dia dan anaknya tidak lagi panik apabila suaminya itu diserang sawan.

“Setiap kali dia diserang sawan, kami akan pastikan ia reda terlebih dahulu sebelum menggerakkannya ke tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Kavia­rasan di talian 017-304 6117 atau Srivithya (011-1215 4562).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI