fbpx

Bahasa Melayu, bahasa ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diperkasakan sebagai langkah bagi memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus menjadikan ia sebagai bahasa ilmu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi langkah tersebut DBP akan diberi kuasa penguatkuasaan termasuk penggunaan Bahasa Melayu di semua papan tanda.

“Bukan itu sahaja, pelajar asing yang menuntut di dalam negara juga wajib mengambil subjek bahasa Melayu dengan harapan ia dapat dijadikan bahasa kedua ASEAN.

“UMNO juga mesti menjuarai dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang juga termaktub dalam Perlembagaan UMNO fasal 3.5. Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu.

“Justeru tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’,” katanya dalam ucapan Penggulungan Naib Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI