fbpx

AS sekat jet peribadi Abramovich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jet peribadi Gulfstream Abramovich yang bernilai kira-kira RM272,545 juta dilarang daripada melakukan perjalanan antarabangsa. - Getty Images

WASHINGTON – Pentadbiran  Amerika Syarikat (AS) menyekat salah satu jet peribadi milik bilionair Rusia, Roman Abramovich daripada melakukan penerbangan antarabangsa, bersama-sama 99 pesawat Boeing lain yang dipercayai melanggar perintah kawalan eksport AS.

Menurut  akhbar Daily Mail, Presiden Joe Biden sebelum ini menyekat pesawat Rusia daripada memasuki ruang udaranya.

Jabatan Perdagangan AS kini menggunakan perintah kawalan eksport untuk memberi amaran bahawa syarikat-syarikat di seluruh dunia akan  berdepan hukuman penjara atau denda jika menyediakan perkhidmatan mengisi minyak, penyelenggaraan atau alat ganti kepada pesawat berkaitan Rusia.

Senarai 100 pesawat  itu termasuk 99 kapal terbang  Boeing yang dikendalikan  syarikat penumpang dan kargo Rusia termasuk Aeroflot, AirBridge Cargo, Utair, Nordwind, Azur Air serta  Aviastar-TU di samping jet Gulfstream G650 milik Abramovich.

Jet berharga sekitar  AS$65 juta (RM272, 545 juta) itu dipercayai masih berada di Moscow. 

Jabatan Perdagangan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa perintah kawalan itu bermakna ‘penerbangan antarabangsa dari Rusia menggunakan pesawat-pesawat terbabit’ telah  disekat.

Sekatan itu adalah tamparan terbaharu kepada  bilionair berusia 55 tahun itu yang membina empayar kekayaannya dengan membeli aset negara Rusia pada harga murah selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.

Beliau juga telah dikenakan sekatan oleh Britain dan Kesatuan Eropah (EU) susulan keakrabannya dengan Presiden Vladimir Putin.

Abramovich juga bersedia untuk menjual Kelab Bola Sepak Liga Inggeris, Chelsea dan rumah agamnya bernilai AS$195 juta (RM817.63 juta)  di Kensington Palace Gardens, London serta sebuah penthouse tiga tingkat di Chelsea Waterfront.

Kali terakhir Abramovich dilihat di khalayak ramai adalah di Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel untuk terbang ke Moscow melalui Turki.

Beliau dilarang daripada memasuki Britain dan mana-mana negara EU sejak dua minggu lepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI