fbpx

Arsenal kembali temui rentak kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA perlu fikir sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan menyertai Manchester City musim ini. – AFP

LONDON – Hasrat Arsenal menamatkan musim ini di kelompok empat terbaik untuk kembali ke pentas Eropah musim depan semakin kukuh selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan Aston Villa 1-0 di Villa Park sebentar tadi.

Jaringan tunggal daripada bintang mudanya, Bukayo Saka memastikan kebangkitan semula Arsenal selepas kecewa tewas 0-2 kepada Liverpool Khamis lalu.

Walaupun baharu bermain 28 perlawanan, The Gunners semakin mengukuhkan kedudukkan dan kini mengutip 54 mata, hanya dipisahkan lima mata berbanding Chelsea di tempat ketiga.

Terdahulu, kedua-dua pasukan turun dengan misi sama untuk mengembalikan rentak kemenangan dengan Arsenal berjaya bermula agresif, namun selepas 10 minit aksi berlangsung, Villa kembali menemui rentak bagi mengimbangi perlawanan.

Selepas mensia-siakan beberapa peluang terbaik, kegagalan pertahanan tuan rumah untuk menutup ruang nyata mengundang padah apabila Saka melakar nama selaku penjaring gol tunggal perlawanan pada minit ke-30.

Pada minit ke-53, Saka sekali lagi mendapat peluang terbaik apabila pemain Villa hilang bola di kawasan tengah padang, namun dia terlambat dalam membuat keputusan sekali gus menyelamatkan gawang tuan rumah daripada terus bocor.

Bagaimanapun, di babak kedua menyaksikan Villa lebih menguasai permainan dan minit ke-60, John McGinn terlepas peluang terbaik apabila lencongan yang cuba dilakukannya sedikit tersasar di sebelah kiri gol Arsenal.

Villa sekali lagi terus dihimpit kecewa apabila rembatan Ollie Watkins dalam kotak penalti pada minit ke-68 sekadar singgah di tiang gol.

Pengurus Villa, Steven Gerrard membuat keputusan untuk memasukkan seorang lagi penyerang mereka, Danny Ings bagi memperkuatkan jentera serangan, tetapi mereka terus gagal untuk menembusi gawang Arsenal.

Kemenangan kali ini menyaksikan Arsenal memiliki kelebihan empat mata dengan Manchester United di tempat kelima ketika pencabar terdekatnya itu sudah pun beraksi 29 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI