fbpx

Watan Band bukan cakap kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAN BAND

NAMA kumpulan Watan Band yang dianggotai lima orang pemuzik iaitu Jay Kay selaku vokalis utama dan komposer, Gg (vokalis kedua), Amin (gitar utama), Chor (bass) dan Spark (drum) mungkin agak asing dalam kalangan pendengar industri muzik tempatan.

Watan Band ditubuhkan pada hujung 2019. Ketika itu, negara masih ‘hijau’ dalam mendepani era pendemik.

Pengasasnya yang juga produser untuk album Watan Band, Jay Kay berkata, anggota kumpulan muzik itu semuanya berasal dari Ipoh, Perak.

“Mereka (pemuzik) Watan Band pada asalnya menganggotai beberapa kumpulan muzik di sekitar Ipoh. Saya kumpulkan mereka dan membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Watan Band,” ujarnya.

Kata Jay Kay lagi, sasaran penubuhan Watan Band bukan sekadar untuk menjadi kumpulan muzik biasa, sebaliknya mahu kumpulan tersebut diangkat dan dikenali untuk mewarnai industri muzik tempatan.

“Saya pernah menghasilkan album untuk beberapa kumpulan muzik ter­kenal lain seperti Arrow, Khalifah dan Jinbara. Jadi saya mahu Watan Band turut dikenali seperti kumpulan muzik sedia ada yang lain,” kata Jay Kay.

Disoal tentang nama pemilihan nama Watan Band, Jay Kay berkata ‘watan’ itu sebenarnya merujuk kepada perkataan ‘tempatan’.

“Watan juga bermaksud tanah air. Jadi untuk melengkapkan nama, saya tambah perkataan ‘band’ yang merujuk kepada kumpulan muzik. Maka terhasilah nama Watan Band,” katanya.

Selaku pengasas merangkap vokalis utama Watan Band, Jay Kay mahu bersikap adil kepada semua anggota band, selain memberi peluang kepada orang muda untuk mengetengahkan bakat.

Vokalis kedua Watan Band, Gg yang berusia 20 tahun menganggap kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi vokalis bersama Watan Band sebagai satu peluang yang tidak patut dilepaskan.

Enggan mendedahkan namanya sebenar, Gg sanggup menyahut cabaran menjadi vokalis kedua Watan Band kerana yakin dengan kemampuan diri.

“Sejak kecil memang saya sudah menanam azam untuk jadi penyanyi. Saya percaya mampu menjadi seorang vokalis yang baik untuk Watan Band,” katanya ringkas.

Pasaran Indonesia

Dalam pada itu, setiap anggota Watan Band bukanlah pemuzik sepenuh masa, sebalik masing-masing mempunyai pekerjaan hakiki untuk diutamakan.

Gitaris Watan Band, Amin berharap muzik yang mereka ketengahkan dapat diterima pendengar.

“Kita bukan mahu jadi popular, tapi cukup pendengar tahu lagu Watan Band,” katanya.

Menerusi album sulung berjudul Watan Band, mereka mempertaruhkan tiga buah lagu iaitu Kata Cinta, Pesona Maya dan Cinta Darling I Love You yang mengetengahkan muzik bergenre pop rock.

“Lagu-lagu kami sudah berputarkan di beberapa stesen radio. Lebih membanggakan apabila lagu Cinta Darling I Love You juga dijadikan muzik latar dalam aplikasi TikTok.

Kami cuba untuk mencari pasaran yang menepati selesa pendengar hari ini.

“Perjalanan Watan Band pun masih panjang. Jadi, biarlah peminat mengenali kami menerusi lagu,” Jay Kay.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI