fbpx

Seorang maut, empat cedera kereta dinaiki terbabas langgar tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kereta Proton Wira dinaiki mangsa-mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Tanjung Malim menghala ke Proton City awal pagi tadi.

TANJUNG MALIM – Perjalanan lima pemuda berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut setelah kereta jenis Proton Wira dinaiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanjung Malim menghala ke Proton City awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhamad Faris Amran, 20, berasal dari Taman Perpaduan, Ipoh.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.22 pagi.

Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah dihantar ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang tiang.

“Tiga penumpang di dalamnya tercampak keluar dengan seorang disahkan maut manakala dua yang lain cedera ringan.

“Dua lagi rakan mereka pula tersepit dalam kenderaan iaitu pemandu kereta yang cedera parah manakala penumpang hadapan cedera ringan,” ujarnya

Bomba yang tiba di tempat kejadian telah bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Mayat mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

“Operasi yang diketuai PBK II Nasir Ibrahim ini tamat sepenuhnya pada pukul 1.50 pagi,” ujar jurucakap tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI