fbpx

Rundingan damai Rusia-Ukraine hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAVROV memberi gambaran bahawa Ukraine akan menjadi sebuah negara berkecuali. - AFP

MOSCOW – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menyatakan bahawa rundingan damai dengan Kiev dilihat hampir selesai serta memberi gambaran Ukraine akan menjadi sebuah negara berkecuali, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Rundingan itu disifatkan sebagai kesanggupan Presiden Vladimir Putin untuk menamatkan perang yang dicetuskan selepas tentera Kremlin ditentang habis-habisan oleh askar Ukraine.

Lavrov berkata, perbincangan dengan Ukraine kini tertumpu kepada usaha mengesahkan status neutral bagi negara itu.

“Status neutral sedang dibincangkan secara serius berkaitan dengan jaminan keselamatan. Terdapat rumusan konkrit yang pada pandangan saya hampir dipersetujui,” kata Lavrov kepada stesen televisyen Rusia.

Model yang sedang diusahakan adalah seperti Austria yang mempunyai ketenteraan sendiri tetapi terikat sebagai negara berkecuali menerusi Perjanjian Negara Austria 1955.

Perlembagaan Austria melarang kemasukannya ke dalam mana-mana pakatan tentera dan tidak membenarkan penubuhan pangkalan tentera asing di wilayahnya.

“Ini adalah apa yang sedang dibincangkan dan yang benar-benar boleh dilihat sebagai kompromi,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Sekiranya persetujuan dapat dicapai, ini bermaksud Ukraine tidak akan dibenarkan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI