fbpx

Rokok tidak bercukai, mercun bernilai RM151,345 dirampas polis marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) bersama rampasan rokok dan mercun dibawa ke IPD Kerian, Perak bagi siasatan lanjut.

GEORGE TOWN – Unit Risikan Marin Pulau Pinang menahan seorang pekedai runcit warga tempatan kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai dan mercun dalam serbuan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau di Perak kelmarin.

Menerusi Ops Kontraband bermula pukul 6 petang itu, Pasukan Polis Marin (PPM) turut merampas 102,100 batang rokok dipercayai tidak bercukai dan 180 kotak mercun yang dianggarkan bernilai RM151,345.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, operasi itu membabitkan serbuan di dua buah rumah yang menempatkan barang rampasan berkenaan.

“Menerusi serbuan pertama di rumah suspek berusia 50 tahun, kita telah berjaya merampas hampir 77,450 batang rokok tidak bercukai.

“Hasil soal siasat di tempat kejadian membawa kepada lokasi kedua di mana 24,650 batang rokok tidak bercukai dan mercun dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsol, berdasarkan siasatan pihaknya, suspek dipercayai mulai bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Batu Kurau sejak enam bulan yang lalu.

“Suspek dipercayai menjadi pengedar kepada kedai-kedai runcit di kawasan berdekatan,” katanya lagi.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI