PETALING JAYA – Penduduk di negeri Sarawak dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlaku sehingga pukul 1 tengah hari.
“Amaran dikeluarkan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” katanya.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE