fbpx

PPM rampas rokok seludup ditinggalkan dalam dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menunjukkan rokok seludup yang dirampas di Markas Operasi PPM, Tumpat hari ini. FOTO: IHSAN PPM

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas sebanyak 260,000 batang rokok seludup selepas menahan dua buah kereta di tapak Masjid Kampung Belukar, Pengkalan Kubor di sini awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, rampasan rokok bernilai RM195,000 itu dilakukan dalam serbuan pukul 2.30 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, tujuh anggota PPM menjalankan pemantauan di kawasan operasi sebelum mengesan dua buah kereta jenis Kia Rio dan Proton Wira ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan ke atas kedua-dua buah kereta itu telah menjumpai kotak-kotak mengandungi rokok yang belum lulus cukai kastam.

“Setelah menunggu hampir 30 minit tiada sesiapa tampil mengaku sebagai pemilik kedua-dua buah kereta

“Kedua-dua buah kereta itu dibawa ke Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norzaid memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah kereta itu dianggarkan berjumlah RM204,000.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI