fbpx

Pengantin bagi sayur segar buat tetamu sebagai ‘doorgift’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pelbagai jenis sayur-sayuran yang dijadikan sebagai cenderahati kenduri buat tetamu.

PETALING JAYA – Menjadi tradisi sebuah kenduri mahupun majlis, pihak tuan rumah akan menyediakan buah tangan atau cenderahati (doorgift) kepada tetamu yang hadir sebagai tanda kenang-kenangan.

Sebagai kebiasaan majlis perkahwinan, antara cenderahati yang menjadi pilihan keluarga pengantin adalah seperti cawan, gula-gula, bunga telur, tuala kecil dan air kotak.

Namun, berbeza dengan situasi di sebuah majlis perkahwinan pasangan pengantin baharu yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Amylia apabila memaparkan pelbagai jenis sayuran segar disusun di atas meja khas serta terdapat nota kecil bertulis terima kasih.

Difahamkan, sayur-sayuran tersebut diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat antara jenis sayur yang diberi adalah labu air, peria, timun dan bendi serta setiap darinya telah siap dibungkus menggunakan kertas berwarna coklat.

Sehubungan itu, adik kepada pengantin lelaki tersebut tampil bercerita tentang idea disebalik pilihan untuk memberi tetamu cenderahati seperti itu.

“Terima kasih yang hadir ke majlis kekanda saya tempohari, tak sangka pula boleh viral, idea ‘doorgift’ ini sebenarnya abang saya (pengantin lelaki) yang cetus, asyik-asyik bagi bunga telur, buat simpan habuk katanya,” kata Kamarul Ariffin Ramli di ruangan komen video berkenaan.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut membuatkan rata-rata orang ramai teruja melihat konsep idea yang lain daripada lain.

“Bagus idea macam ini, tidak membazir, tetamu balik rumah boleh masak sayur dan makan, boleh guna konsep macam ini untuk majlis kahwin saya hujung tahun,” ujar Syifa Ahmad.

“Seronoknya dapat cenderahati macam ini, bagus idea pengantin dan tuan rumah, unik, apa-apa pun, selamat pengantin baharu,” kata seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI